Followers

Tuesday 17 January 2012

Bekas Menteri - Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengaku UMNO/BN guna duit beli UNDI semasa PRU


Petalling Jaya-17 Jan- Hari ini seorang bekas menteri persekutuan dari Umno mendakwa bahawa wang tunai telah digunakan dalam usaha untuk membeli undi semasa kempen pilihan raya sebelum ini dalam taktik yang dikenali sebagai "bom".

Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata dalam forum hari ini bahawa beliau terlibat dan mengetahui  bagaimana pemberian wang tunai antara RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan pengundi.

"Saya mengetuai banyak delegasi kempen dan saya telah diberikan jumlah wang yang banyak untuk diedarkan kepada pengundi," kata bekas Menteri Penerangan semasa berucap di Malaysia Strategic Outlook Conference 2012 di sini. "Ia secara terang-terangan menggunakan wang untuk membeli undi."

Abdul Kadir (gambar), yang juga bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, berkata bahawa perkataan yang digunakan untuk strategi yang dikenali sebagai "bom".

Beliau menambah, dia secara peribadi tidak menggunakan wang untuk meraih undi.

James Chin, Dekan Sekolah Sains Sosial Universiti Monash di Sunway, salah seorang panel yang berucap di forum itu berkata bahawa taktik  "pengeboman" duit tersebut adalah taktik meraih undi yang sangat berkesan di Sabah dan Sarawak.

Dalam pembentangan beliau, Abdul Kadir berkata bahawa semasa dia masih memegang jawatan dalam Umno, beliau ingin mengingatkan mereka tentang "Merdeka trust" - yang bermakna memberi rakyat satu pilihanraya yang benar-benar bebas dan adil.

Beliau juga pada masa itu percaya umno tidak akan kalah pilihanraya jika benar-benar ikhlas.

"Jika kalah umno patut menerimanya kerana ; kerajan sentiasa berubah contohnya di Amerika Syarikat dan Australia," katanya. "Saya seorang Umno sejati, saya tidak keberatan jika saya kalah. Jika anda berada dalam UMNO hanya untuk membuat berjuta-juta untuk diri sendiri dan kroni anda atau jika saya telah membuat berbilion-bilion dan saya takut saya akan ditangkap selepas saya kehilangan kuasa, maka saya akan melakukan segala helah ini. "

"Jika anda ikhlas, anda tidak perlulah merasa takut," tambah beliau.

Beliau berkata bahawa pilihanraya yang bebas dan adil, perlulah ada akses yang sama kepada media dan GLC dan jabatan-jabatan kerajaan pula mestilah neutral.

"Anda mestilah memberikan mereka (pembangkang) kebebasan untuk mempunyai TV, radio dan surat khabar," katanya. "Untuk selama 50 tahun, PAS telah memohon lesen untuk menerbitkan akhbar tetapi kerajaan tidak pernah meluluskan - kerajaan adalah pembuli yang besar."

Beliau juga berkata bahawa semasa pilihan raya, Barisan Nasional (BN) sepatutnya tidak menyalahgunakan Kementerian Penerangan, Felda, Felcra, Cawangan Khas dan lain-lain agensi-agensi persekutuan untuk menyokong kempen mereka.

Abdul Kadir juga timbalan presiden non-partisan pro-perpaduan NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) dan pengerusi eksekutif kumpulan Sazean.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...