Followers

Monday 23 January 2012

Wajah "close up" ketua samseng yang menyerang ceramah ABU
































dipetik dari milosuam

Sunday 22 January 2012

Sindiran banjiri laman Facebook Najib versi bahasa Cina - ah jib gor

Mungkin di luar jangkaan dirinya, cubaan Perdana Menteri Najib Razak untuk mendampingi komuniti Cina melalui Facebook telah mengundang kesan sebaliknya, apabila warga internet membanjiri laman rasmi Facebook versi bahasa Cina ini dengan sindiran dan kritikan yang tajam.

Tidak kurang komen yang menyasarkan isteri Najib Razak, iaitu Rosmah Mansor, misalnya mengajukan soalan nakal seperti "Nak shopping kat mana hari ini bersama isterimu?  Apa jenama baru yang boleh kamu perkenalkan?", malah ada yang mengungkit semula nama "Altantuya Shaariibuu", wanita Mongolia yang diletupkan dengan C4 di Malaysia pada tahun 2006.

ceramah A.B.U. diserang...............perbalahan cuba dicetuskan oleh budak2 sekolah umno di dewan mbsa jalan kebun.




Shah Alam – Ceramah Asal Bukan Umno anjuran Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) terpaksa ditangguhkan selepas majlis tersebut diserang sekumpulan lelaki tidak dikenali di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam apabila lebih kurang 20 lelaki yang menunggang motosikal dengan bersenjatakan kayu menyerang orang ramai yang berada di dalam dewan tersebut.

Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang ada ketika kejadian berkata, lebih kurang 100 orang berada di dalam dewan dan akibat serangan tersebut, beberapa orang mengalami kecederaan.

Jingga 13 cabar NFC dedah perbelanjaan kad kredit

JINGGA 13 sekali lagi mencabar NFC dan Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh , Pengarah Eksekutif NFC untuk tampil mendedahkan kesemua perbelanjaan kad kredit sejumlah RM593,500 oleh ahli keluarganya termasuk dakwaan beliau sendiri yang menggunakan RM 122,402 pada tahun 2009. Pendedahan ini memberikan peluang kepada rakyat meneliti setiap sen berbelanjaan penggunaan kad kredit NFC.

Sepertimana laporan polis yg dibuat oleh JINGGA 13 agar siasatan secara terperinci terhadap penggunaan kad kredit oleh ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dibayar menggunakan wang rakyat melalui NFC yang sewajibnya melaksanakan projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan agar benar-benar tidak diseleweng atau berlaku pecah amanah jenayah .

PENJELASAN ISU KUIN OLEH SETPOL MB KEDAH

Masalah yang berlaku di kuin sekarang ini berpunca daripada rasa tidak puas hati pelajar terhadap beberapa masalah yang pada pandangan mereka tidak berjaya diselesaikan oleh pentadbiran kuin dengan baik. Jika kita mengkaji secara lebih mendalam, masalah-masalah yang mereka timbulkan ini bukan hanya berlaku pada sesi 2010/2011 sahaja, tetapi telah berlarutan sejak beberapa tahun. MPM pada sesi sebelum ini pun memperjuangkan isu yang sama.

Rentetan daripada masalah ini dan desakan berterusan daripada mahasiswa, maka Majlis perwakilan mahasiswa kuin (MPMKUIN) telah menganjurkan satu himpunan mega mahasiswa pada 11.01.2011 untuk menuntut masalah-masalah ini diselesaikan segera.

Perhimpunan ini juga dihadiri oleh rektor dan pengurusan tertinggi kuin. 21 masalah telah dibangkitkan. Antaranya ialah :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...